fbpx

Blog

Latest Industry News

Motor besar PALING CUN mengembara seluruh SABAH (2019)!

Tidak tahu mana satu sesuai untuk permulaan penggembara anda? Rasa pening dan tidak tahu buat pilihan? Kurang pasti macam mana memiliki dia? Kita Inti Deras Motors akan tolong anda beri cadangan untuk motor yang sesuai untuk anda.

Motorbesar secara touring:

  1. KAWASAKI VERSYS X
  2. KAWASAKI VERSYS 650 (2017)
  3. KAWASAKI VERSYS 650 (2014)
  4. BENELLI TRK 502 SE
  5. SUZUKI V-STROM 650 (2014)
  6. SUZUKI V-STROM 650 (2017)
  7. YAMAHA MT09 TRACER

 

1. KAWASAKI VERSYS X250

Engine: 249cc

Top Speed: 150km/j

Horse Power: 31 kuasa kuda

Ciri-ciri Khas:Posisi yang selesa untuk penunggang dan berat serendah 173kg sahaja. Motor ini tidak sesuai untuk rider yang mahukan kelajuan yang tinggi. Versys X sesuai untuk kembara dari kota kinabalu ke Tawau atau Tawau ke Sandakan dan seluruh Sabah kerana motorsikal ini sesuai digunakan di atas jalan raya yang biasa atau jalan “off-road” sebagai contoh di ladang kelapa sawit. Tangki minyak 17 litre, cukup untuk memberi jarak perjalanan sejauh 400KM

Anggaran harga OTR dan Promosi:Anda boleh dapat wang tunai sebanyak RM1000 Rebate ketika beli di INTI DERAS MOTORS SDN BHD sebelum 30 November 2018. Anggaran bulanan serendah RM380 sepanjang 7 tahun. (T&C applied).

 

2. BENELLI TRK 502

Engine: 499cc

Top Speed: 175km/j

Horse Power: 37 kuasa kuda 

Ciri-ciri Khas:Benelli TRK 502 juga antara motorsikal touring yang menjadi perhatian bikers-bikers sekarang. Dengan prestasinya yang tidak mengecewakan, kualiti tunggangan yang cukup selesa dan rekaan yang menarik. Benelli TRK 502 ini juga dilengkapi dengan ABS, tayar-tayar Pirelli Angel ST, bar pelindung kerangka, port USB, pelindung tangan dan macam-macam lagi. TRK 502 ini sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan model-model touring. Lonjakan kuasanya juga tidak begitu ketara menjadikan ia lebih selamat untuk penunggang baru. Memang sesuai digunakan sebelum berhijrah ke CC yang lebih besar.

Anggaran harga OTR dan Promosi: Untuk penunggang yang minat bunyi ekzos mantap untuk mengembara, Inti Deras Motors sekarang offer package lumayan untuk exzos TRK502 dalam anggaran RM1600 sahaja. TRK 502 ini special dengan harga bulanan RM500 sepanjang 7 tahun dan dilengkapi box atas, kiri dan kanan. (T&C applied)

 

3. KAWASAKI VERSYS 650 (NEW)

Engine: 649cc

Top Speed: 140km/j

Horse Power: 59 kuasa kuda

Ciri-ciri Khas:Walaupun masih menggunakan enjin silinder berkembar selari 650cc yang asal, Versys 650 2015 menerima beberapa perubahan dari segi penggayaan, set suspensi, titik pusat graviti jentera dan tetapan enjin baharu. Versys 650 menawarkan pelbagai corak tunggangan dalam perjalanan jarak jauh sehinggalah aspek ketahanan dan kebolehpercayaan enjin. Secara keseluruhannya, Versys 650 versi 2015 memiliki pelbagai elemen baharu yang lebih berbaloi untuk dimiliki. Ciri penggayaan, prestasi enjin, tahap pengendalian dan faktor ekonomi melayakkan jentera ini dinilai sebagai antara jentera touring kuasa pertengahan yang paling boleh diharapkan.

Anggaran harga OTR dan Promosi:  Harga on the road versys 2015 ialah di antaran RM41000- RM47000. Ini harga ialah harga baru yang mampu milik dengan PROMOSI rendah deposit dan bulanan serendah RM700 selama 7 tahun. (T&C applied)

 

4.KAWASAKI VERSYS 650 (2014)

Engine: 649cc

Top Speed: 200km/j

Horse Power: 64 kuasa kuda

Ciri-ciri Khas:Dikuasakan dengan enjin 649cc parallel-twin, Versys 650 ialah motorsikal touring dengan gaya dan rekaan yang unik. Menurut review rider-rider yang pernah menunggang Versys 650, motorsikal ini sangat senang dikendalikan kerana biarpun nampak besar dan tinggi, ia adalah lebih ringan. Dengan ketinggian ini jugalah yang memberi rider tunggangan yang selesa dan stabil. Versys 650 ini juga lengkap dengan Panel meter yang menarik: ODO digital, RPM analog, clock, fuel gauge dan 2 trip set.

Anggaran harga OTR dan Promosi:Cash Rebate lumayan sekarang Inti Deras Motors ada PROMOSI offer sebanyak RM10300. Bulana anggaran selepas sepecial rebate serendah RM500 sepanjang 7 tahun. Dalam PROMOSI ini, sangat berbaloi untuk dapat special offer ini dalam golongan motorsikal 600cc.

 

5.SUZUKI V-STROM 650 (2014)

Engine: 645cc

Top Speed: 202km/j

Horse Power: 91 kuasa kuda

Ciri-ciri Khas:Suzuki V-Strom 650 dikuasakan dengan enjin enjin V sesaran 645 cc membolehkan jentera ini menghamburkan kuasa yang secukupnya, baik di jalan raya atau di lebuh raya. Walaupun mempunyai susuk tubuh yang tegap dan besar, pengendalian jentera ini tidaklah sesukar yang mana dengan adanya teknolgi Suzuki Dual Throttle Valve (SDTV) yang membantu mengawal motosikal ketika mencelah dan mengikut kemahuan penunggang. Selain itu, Suzuki V-Strom 650 juga dilengkapi dengan sistem Throttle-body Integrated Idle Speed Control (TI-ISC) Suzuki yang menawarkan penjimatan bahan api terutama ketika menunggang di kota yang sesak, dan memecut di lebuh raya. Sebagai jenama yang cukup dikenali dengan jentera beprestasi tinggi, Suzuki tidak pernah mengabaikan aspek keselamatan apabila Suzuki 650 V-Strom dilengkapi brek cakera berkembar 310 milimeter (mm) digabung bersama sistem brek antikekunci (ABS) pada roda hadapan dan cakera 260mm di belakang. Motosikal ini pasti menjadi pilihan anda jika anda mahu beralih kepada jentera dua roda jenis tunggangan jarak jauh atau mahu mencari motosikal berkuasa tinggi pertama.

Anggaran harga OTR dan Promosi: Cash Rebate lumayan sekarang Inti Deras Motors ada PROMOSI offer sebanyak RM10300. Bulana anggaran selepas sepecial rebate serendah RM500 sepanjang 7 tahun. Dalam PROMOSI ini, sangat berbaloi untuk dapat special offer ini dalam golongan motorsikal 600cc.

 

6.SUZUKI V-STROM 650 (2017)

Engine: 645cc

Top Speed: 202km/j

Horse Power: 73 kuasa kuda

 Ciri-ciri Khas:Mula diperkenalkan pada tahun 2017, Suzuki Adventure Touring V-Strom 650 tampil dengan rekaan dan prestasi yang lebih memukau. Dibekalkan dengan enjin konfigurasi V dengan sesaran 650cc, merupakan antara yang terbaik di dalam kelasnya. V-strom 650 ini dilengkapi dengan Traction Control sebagai standard, Roda aluminium 10-bercakap, lampu LED, cermin depan boleh laras, dan 12v outlet sebagai standard dan alat panel LED dengan rupa baru. V-strom 650 kata orang sesuai ditunggang bagi rider yang minat gaya adventure yang santai. Ia adalah sebuah Tourer yang versatile dan boleh ditunggang dengan apa sahaja cara yang anda mahu secara selamat.

 Anggaran harga OTR dan Promosi:Anggaran harga On The Road untuk Suzuki V-Strom 650 ialah bermula dari RM50000-RM55000. Harga ini termasuk cukai import dari Jepun, dan adalah sangat berbaloi untuk memiliki motor yang diimport dari Jepun dengan harga ini.

 

7. YAMAHA MT-09 TRACER (2018)

Engine: 847cc

Top Speed: 242km/j

Horse Power: 115 Kuasa kuda

 Ciri-ciri Khas:Yamaha MT-09 Tracer 2017 di kuasakan enjin tiga silinder empat lejang 847cc Crossplane 3, sejukan cecair, merupakan motorsikal Sport tourer iaitu genre motosikal yang direka untuk penunggangan jauh tetapi masih lincah. Selain menawarkan penjimantan bahan api terbaik dalam kelasnya, MT-09 Tracer juga lengkap dengan kawalan brek ABS dan sistem traction control. Tempat duduk dan bar hendal MT-09 Tracer juga boleh dilaras ketinggiannya mengikut cita rasa penunggang. Sekiranya anda seorang rider yang lebih agresif, lebih adventurous dan mempunyai kawalan motosikal yang lebih baik, sport tourer seperti MT-09 Tracer lebih seronok ditunggang di jalan-jalan biasa tidak bertol.

Anggaran harga OTR dan Promosi: Sekarang Inti Deras Motors Sdn Bhd offer motor dengan sekaligus topbox dan side box givi original bawa dari Italy. Anggaran harga MT09 Tracer adalah dibawah RM60000 dengan bulanan serendah RM900 selama 7 tahun dengan interest terendah.

Pilihan di atas bergantung pada anda. Apa yang anda perlu buat ialah terus naik motor ini dan Let’s Ride!. Join convoy Inti Deras Motors kami! Anda boleh Whatsapp customer service kami macam mana memiliki motor ini.

 

 

CLICK ICON WHATSAPP INI TERUS PM kami soalan anda 🙂